Sunday, February 23, 2014

Hari Ulangtahun Kita

Syukur Alhamdulillah. 7 tahun menyemai kasih. 24th Februari 2008 yang lalu 2 hati telah bersatu berjanji sehidup semati. Alhamdulillah, tak terungkap dengan kata-kata. Bagi ku 7 tahun adalah angka yang begitu besar & bermakna untuk cinta aku pada si dia. Rasa tak percaya begini lama kukuhnya ikatan cinta kami berdua sehingga berjaya memiliki 3 anugerah DariNya iaitu anak-anak hasil suci cinta kami.

OK, biarlah ayat entri kali ni berbaur 'jiwang-miwang'. Biar mereka tahu yang betapa aku terasa bahagia di saat ini. Rasa ingin saja ku lompat bintang. I AM HAPPY!!! Syukur Alhamdulillah, semoga perhubungan kami suami isteri kekal hingga ke syurga, amin.





Thursday, April 4, 2013

Wuhooo....

Eh? Hmmm... Apa nak karang eh?

Idea tak mari lagi nih.

Lama dah tak update blog nih.

Pada yang follow blog ni aku mintak maap sebab entri lama dah padam.

Sebab geli bila baca balik.

Hehe...

Jam sekarang dah pukol 12 tengah malam. Anak2 semua dah tidor termasuk la yang si kecik Ali tu. lagi 2,3 jam lagi bangun pulak tukar lampin & nenen Ali.

Biasalah bila dapat baby masa tidor pon tak cukop. Sementara Ali tidor time ni lah gedik nak ber'blog'.

Sambil2 blogging sambil2 menonton American Horror Story. Huh, cerita saiko gila. Macam mana cerita dia? Cerita dia macam ni.... Ambik remote astro kalih chanel FX-HD saluran 726. Hehe. Tak pon cer gugel tengok, macam mana jalan cerita dia. Boleh tahan best jugak kalau bagi orang yang suka citer2 saiko cengginih.

Ok. Apa lagi eh nak karang ni?

Mata pon dah macam ada gam siket2 dah ni. Ok lah. Setakat ni je lah aku mengarut. Tataw nak taip apa.

Nite2. Bai2.